Tuesday, September 22, 2015

Puding Sagu Sos Kastard Versi Noxxa

Assalamualaikum w.b.t. Dah lunch? Alhamdulillah..

Semalam saya buat puding sagu ni pulak..rasa nak try buat sebab anak tengok hari sabtu tu Ariana sedap sangat makan walaupun tengah demam. Makngah dia yang belikan hari tu..tapi, yang dimakan tu Puding Sagu gula melaka. 

Oleh sebab kat rumah ada tepung kastard, saya decided nak buat sos kastard lah. Ni kejadiannya..hehe


Ok tak macam ni otai-otai? Hehe..saya budak baru belajar masak.

Sagunya dikukus menggunakan Periuk Noxxa. Bahan & Caranya:

1 cawan sagu 
2 cawan air
1 3/4 camca gula (kalau tak suka manis, 1 camca pun dah cukup bagi saya)
Sedikit pewarna merah 

Caranya: 
Masukkan semua bahan dlm inner pot noxxa & tekan steam 2 minit
Dah cukup time,buka & kacau.
Masuk lagi 1 cwn air & steam lagi 2 minit.
Biarkan dlm pot dulu 10min bagi kembang sepenuhnya. Ini hasilnya:



Tapi, memandangkan sagu saya tu masih ada yang belum kembang, saya masukkan air 1 cawan lagi & steam 2 minit lagi..ha baru kembang elok..hehe

Sos kastard
3 sudu tepung kastard
1 tin susu cair
4 cwn air
Gula secukup rasa
1/2 sudu garam

Caranya:
Campur semua bahan & gaulkan sehingga larut. Saya masak atas dapur gas ja sos ni.


Dah sejuk sagu tadi, tuangkan sos ke atasnya..dah boleh makan. Nak lagi best, sejukkan dalam peti ais. 


Sebenarnya sos kastard ni agak banyak berbanding sagu tadi. Kawan-kawan bolehla adjust resepi sos tu ya kalau nak sikit. @pun lebihan sos tu simpan dalam peti sejuk juga..nanti kita tengok resepi apa pula yang boleh dibuat guna sos tu..hihihi



Ok..dah masuk bekas semuanya. Alhamdulillah bagi saya, resepi ni agak mudah. Rasa sagunya manis dan sesuailah dengan sos yang lemak-lemak gitu.

Kalau rajin, boleh buat raya haji nanti! :)






Sunday, September 20, 2015

Roti Jala Tanpa Acuan

Selamat Hari Malaysia semua..semoga kita semua terus menikmati hari-hari mendatang dengan penuh ketakwaan kepadaNya. Berdoalah semoga Malaysia kita masih bertuah..:)

Eh..bukan dah lepas ka Hari Malaysia..16 september kan? Ha ah betul la tu..sebenarnya entry ni tertangguh sejak hari tu la..ni baru sempat sambung balik..hehe

Mak yang dok sebut nak makan roti jala sebab dah takda orang jual kat kampung..jadi, saya pun cari la resepi & jumpa cara mudah tanpa guna acuan..wahh, menarik! Apa lagi, cuba buat la..

Ok,takmau banyak cakap..Roti Jala ni dibuat tanpa menggunakan acuan khas yang dibeli di kedai tu..saya guna botol mineral yang kecil tu saja tau untuk jadikan acuan. 


Ha tu la botol yang diguna sebagai acuan. Macammana nak buat? Ala tebuk ja tudung botol tu dengan paku yang dipanaskan..dah tu masukkan bancuhan & tuangla ke dalam kuali. Sorry lupa pula tangkap gambar tebaran jala tu..huhu..

Yang saya buat ni, kejadiannya takla secantik pakai acuan..lagi satu biasa la tangan tak berseni ni..asal jadi ja..hihi


Resepinya:
3 cawan tepung gandum
3 cawan air (juga boleh guna santan/susu segar)
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
Sedikit pewarna kuning ( saya guna kunyit sebab tak ada pewarna)

Cara-caranya:
Blendkan semua bahan hingga sebati. Tips untuk mudah blend: masukkan tepung gandum last sekali dalam blender tu..baru tak melekat ja pada balang tu. Masukkan dalam botol yang dah ditebuk tudungnya tadi..cuba tuangkan ke dalam kuali, jika tidak putus-putus maknanya bancuhan tu dah boleh dijala.

Kalau tak dapat bayang macammana cara nak 'menjala' guna botol ni..search di youtube "Cara Mudah Membuat Roti Jala Tanpa Acuan".

Roti jala ni memang lembut sampai petang..terima kasih buat Puan Azie yang share resepi ini. Semoga Puan sentiasa diberkati Allah. 



Tuesday, September 15, 2015

Resepi Roti Arab



Ok nak share resepi Roti Arab pulak..aisyh dah jadi blog resepi pula ye..hehe..bukan apa, sebenarnya ni untuk rujukan diri sendiri juga nanti.

Mana resepi yang dicuba, dan rasa menjadi..saya akan share kat sini ye.

Nah ni roti arab yang dibuat hari jumaat lepas.



Bab bentuk tu biasa la ye..tangan ni keras sikit bab nak bentuk membentuk ni..itu yang tak berapa bulat macam mak arab tu..hehe

Ini resepi saya yang diolah dari beberapa resepi dari encik google..maaf ya xtau dah dari blog mana..

Bahan-bahannya:
Tepung gandum 
Gula
Sedikit garam
2 sudu minyak masak
2 sudu mentega
Susu pekat manis (agak-agak saja ye)
Setengah peket yis kering yg 11g

Bahan yang tak ditulis kuantitinya tu..saya agak-agak ja ye..tepung tu lebih kurang stgh kilogram saya agak. Buat kat kampung, tak ada penimbang..jadi agak-agak ja la..

Ok, caranya..uli sampai jadi doh. Biarkan naik seketika dalam setengah jam. Kemudian, bahagikan kepada doh kecil (bulat-bulatkan ikut saiz sendiri). Dari doh kecil tadi, tekan jadi leper..tapi jangan tekan kuat ye, nanti bila goreng takmau mengembung pulak.

Untuk teknik goreng yang betul, search youtube "cara menggoreng roti arab". Tak sangka pula dok search resepi hari tu terjumpa video ni. Terima kasih buat yang share teknik tu ya..tQ so much!

Nampak tak? Jadi kan macam ni? Hehe..

Ada kawan-kawan nak share resepi roti arab tak? Mai bagi link kat komen..



Sunday, August 16, 2015

Kagum!

Ahad hari ni..kami bekerja. Sedang saya dan kawan-kawan sepejabat berkira-kira baki cuti tahunan masing-masing untuk permohonan kemaskini oleh Pentadbir Cuti,saya 'scroll' facebook..nampak post facebook dengan link "Jual Masa Dengan Gaji, Berbaloikah?"..ya, dari seorang yang saya admire kini!

Saya nampak dari mana beliau bermula..sebab tu sangat kagum dengan keputusan yang beliau buat hari ini. Baca tulisan beliau, anda tahu kenapa saya kagum..